Rabu, 19 November 2008
Keperluan Makanan dan Habitat Kelip-Kelip
HUBUNGAN KELIP-KELIP DENGAN…
Bagaimana Larva Makan
Berembang Dan Kelip-Kelip
Peta Menunjukan Kawasan Urama Pokok Berembang
Kelip-kelip Secara Umum
Secara umumnya….
Kelip-kelip adalah sejenis kumbang yang boleh menghasilkan cahaya. Nama famili bagi kelip-kelip ialah Lampyridae. Kelip-kelip yang terdapat di Sungai Selangor adalah daripada spesies Pteroptyx Tener. Jangka hayat bagi seekor kelip-kelip adalah lebih kurang 30 hingga 90 hari sahaja. Kelazimannya, ia boleh ditemui dalam bilangan yang banyak disekitar pokok berembang yang boleh didapati di kawasan bakau...
Kelip-kelip adalah sejenis kumbang yang boleh menghasilkan cahaya. Nama famili bagi kelip-kelip ialah Lampyridae. Kelip-kelip yang terdapat di Sungai Selangor adalah daripada spesies Pteroptyx Tener. Jangka hayat bagi seekor kelip-kelip adalah lebih kurang 30 hingga 90 hari sahaja. Kelazimannya, ia boleh ditemui dalam bilangan yang banyak disekitar pokok berembang yang boleh didapati di kawasan bakau...
GENUS DI MALAYSIA
KENAPA MEREKA BERKELIP?
# Mereka mencari cinta sejati #
- Kebanyakan spesies berkelip atau mengeluarkan cahaya kerana mereka sudah bersedia untuk membiak.
- Berkelip adalah cara mereka untuk berkata “Hi, boleh berkenalan?”.
- Namun, sesetengah spesies gunakan tarikan feromon.
Mereka mahu makan
Betina daripada spesies dalam genus Photuris meniru corak kelipan spesies yang lain untuk menarik perhatiannya
- Sejurus mangsa mendekati, sang betina terus membaham
Mereka tidak mahu dimakan
- Larva kelip-kelip mengeluarkan cahaya sebagai amaran kepada pemangsa.
- Ini adalah cara mereka untuk memberitahu, “Jangan dekat! Saya tak sedap!”
BAGAIMANA CAHAYA ITU DIHASILKAN?
- Luciferase (enzim) dibebaskan.
- Sistem respitori kelip-kelip membekalkan oksigen kepada segmen yang mengandungi enzim itu.
- Luciferin teransang – proses oksidasi berlaku.
- Oxyliciferin terhasil bersama produk sampingan, CAHAYA.
- Aktiviti ini berlaku di dalam sel-sel photocyte
- Kehadiran ATP memastikan kelipan cahaya adalah berterusan.
- “Cahaya sejuk” – tiada sinar UV atau infra merah, penghasilan cahaya yang efisien, 96% adalah tenaga cahaya.
Sistem Pengangkutan Ke Kampung Kuantan
- Bagi mereka yang berminat untuk menikmati 'keajaiban ke-8 dunia ini', perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kampung Kuantan hanya mengambil masa selama 45 minit. Banyak papan tanda arah disediakan untuk memudahkan perjalanan .
- Terdapat juga beberapa agensi pelancongan mengadakan pakej perjalanan dan lawatan ke Kampung Kuantan serta kawasan pelancongan di persekitaran Kuala Selangor.
- Perkhidmatan teksi juga ada disediakan dari bandar Kuala selangor ke kampung Kuantan dengan kadar RM40.00 untuk satu perjalanan (4 orang).
- Walau bagaimanapun, beberapa tempat penginapan ada menyediakan kemudahan pengangkutan untuk ke Kampung Kuantan.
Kampung Kuantan Dan Kelip-Kelip
- KAMPUNG KUANTAN di Kuala Selangor terkenal dengan kelip-kelip dan menjadi salah satu pusat pelancongan yang utama di negeri Selangor.
- Kawasan tebing Sungai Selangor di situ menjadi tempat hinggapan kelip-kelip
- Di waktu malam kelip-kelip akan keluar hinggap di pokok berembang untuk mendapatkan sumber makanan daripada cecair pokok.
- Bagi para pelancong, kegiatan memerhati kelip-kelip di waktu malam menjadi suatu tarikan yang amat menakjubkan
- Kelip-kelip jantan dan betina akan mengeluarkan kerlipan cahaya secara serentak di pokok-pokok berembang.
- Ini menjadikan malam yang gelap gelita berkerlipan oleh cahaya yang terpancar daripada pokok berembang.
- Kecantikan dan keunikan suasana ini tidak dapat digambarkan oleh kata-kata mahupun dirakam oleh kamera atau video.
- Hanya bagi yang pernah datang sendiri menyaksikannya, dapat merasai keajaiban ini.
- Kelip-kelip di Kampung Kuantan ini merupakan salah satu daripada lapan keajaiban di dunia. Dipanggil ‘lipas terbang’ oleh penduduk tempatan,
Lokasi Kampung Kuantan, Kuala Selangor
- Kampung Kuantan adalah sebuah perkampungan kecil yang dikelilingi oleh pohon-pohon kelapa dan kelapa sawit.
- Kampung ini terletak kira-kira 56km dari Kuala Lumpur dan 9km dari Kuala Selangor
- Kampung yang indah dan permai ini sangat sesuai untuk mereka yang inginkan suasana tenang untuk beristirehat dan melapangkan fikiran, jauh daripada hiruk-pikuk dan kesibukan kota.
- Di kawasan berhampiran, terdapat beberapa tempat pelancongan yang menarik seperti Bukit Malawati yang bersejarah dan Taman Alam Kuala Selangor yang mempunyai pelbagai spesies burung-burung.
- Terdapat juga sebuah pekan kecil untuk persinggahan iaitu Sri Segambut yang dikelilingi oleh kawasan sawah padi.
- Akhir sekali, terdapat juga kawasan pantai iaitu Pantai Remis yang terkenal dengan keindahan pantainya yang cantik dan kepelbagaian makanan lautnya yang lazat
Langgan:
Catatan (Atom)