Rabu, 19 November 2008

Lokasi Kampung Kuantan, Kuala Selangor

  • Kampung Kuantan adalah sebuah perkampungan kecil yang dikelilingi oleh pohon-pohon kelapa dan kelapa sawit.
  • Kampung ini terletak kira-kira 56km dari Kuala Lumpur dan 9km dari Kuala Selangor
  • Kampung yang indah dan permai ini sangat sesuai untuk mereka yang inginkan suasana tenang untuk beristirehat dan melapangkan fikiran, jauh daripada hiruk-pikuk dan kesibukan kota.
  • Di kawasan berhampiran, terdapat beberapa tempat pelancongan yang menarik seperti Bukit Malawati yang bersejarah dan Taman Alam Kuala Selangor yang mempunyai pelbagai spesies burung-burung.
  • Terdapat juga sebuah pekan kecil untuk persinggahan iaitu Sri Segambut yang dikelilingi oleh kawasan sawah padi.
  • Akhir sekali, terdapat juga kawasan pantai iaitu Pantai Remis yang terkenal dengan keindahan pantainya yang cantik dan kepelbagaian makanan lautnya yang lazat

Tiada ulasan: