Rabu, 19 November 2008

Kampung Kuantan Dan Kelip-Kelip

  • KAMPUNG KUANTAN di Kuala Selangor terkenal dengan kelip-kelip dan menjadi salah satu pusat pelancongan yang utama di negeri Selangor.
  • Kawasan tebing Sungai Selangor di situ menjadi tempat hinggapan kelip-kelip
  • Di waktu malam kelip-kelip akan keluar hinggap di pokok berembang untuk mendapatkan sumber makanan daripada cecair pokok.
  • Bagi para pelancong, kegiatan memerhati kelip-kelip di waktu malam menjadi suatu tarikan yang amat menakjubkan
  • Kelip-kelip jantan dan betina akan mengeluarkan kerlipan cahaya secara serentak di pokok-pokok berembang.
  • Ini menjadikan malam yang gelap gelita berkerlipan oleh cahaya yang terpancar daripada pokok berembang.
  • Kecantikan dan keunikan suasana ini tidak dapat digambarkan oleh kata-kata mahupun dirakam oleh kamera atau video.
  • Hanya bagi yang pernah datang sendiri menyaksikannya, dapat merasai keajaiban ini.
  • Kelip-kelip di Kampung Kuantan ini merupakan salah satu daripada lapan keajaiban di dunia. Dipanggil ‘lipas terbang’ oleh penduduk tempatan,

Tiada ulasan: